Oleh kerana sambutan yang menggalakkan daripada kawan-kawan mengenai bahagian yang lepas, saya kini merasa sangat teruja untuk meneruskan projek bergambar saya iaitu Pokok Renek bahagian ke 2.
Sumber-sumber bagi gambar dan informasi di sini adalah sebenarnya daripada kertas kerja saya bagi semester yang lepas. Orang kata dah ada, kongsi-kongsikan. Gambar-gambar pokok adalah diambil menggunakan kamera persendirian di sekitar kawasan Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Selamat membaca.
....buat Ami dan Zaki.
Pokok Puding, Croton
Nama saintifik:
Codiaeum variegatum
Famili:
Euphorbiaceae
Kegunaan:
- Pokok renek berdaun pelbagai warna.
- Mencantikkan taman dan halaman rumah daripada bentuk dan warna yang pelbagai.
Firebrand Cordyline

Nama saintifik:
Cordyline fruticosa 'Firebrand'
Famili:
Agavaceae
Kegunaan:
- Sejenis pokok seakan palma; sesuai ditanam tunggal dan dibiarkan tinggi.
- Boleh ditanam dalam rimbunan atau pagaran, mudah dicambah menggunakan keratan batang.
- Pokok yang mempunyai daun pelbagai warna dalam pelbagai varieti.
Buta-buta, Picara, Blind Eyes
Nama saintifik:
Excoecaria cochinchinensis
Famili:
Euphorbiaceae
Kegunaan:
- Daun yang menarik dengan dua warna; merah dan hijau.
- Ditanam sebagai pagaran, sempadan di halaman.
- Boleh merawat kejang otot, sengal-sengal, parotitis.
Bunga Raya, Shoe Flower
Nama saintifik:
Hibiscus rosa-sinensis
Famili:
Malvaceae
Kegunaan:
- Ditanam di sepanjang jalan. Mempunyai bunga yang besar dan menarik.
- Bunga, daun dan akar mempunyai pelbagai kegunaan perubatan.
- Sesuai ditanam untuk menaikkan semangat cintakan negara. Bunga raya adalah bunga kebangsaan Malaysia. Malangnya bunga ini berasal dari Negara China, bukan Malaysia.
Jarak Biola, Jatrofa Bunga Merah
Nama saintifik:
Jatropha pandurifolia
Famili:
Euphorbiaceae
Kegunaan:
- Ditanam sebagai pagaran tidak formal, menarik minat rama-rama singgah.
- Sesuai ditanam di sepanjang jalan dan lebuh raya.
- Mempunyai bunga yang mekar hampir sepanjang tahun.