02 Ogos 2009

Di Awan Biru

Hello kawan kini aku datang...

Hari ini aku puas,
Dapat tengok malam 'terakhir',
Malam ini aku kenangkan,
Penutup pencarian pujaan pujangga.

Rock terus!

12 Mei 2009

Coconut Cadang-Cadang

Ku sangka panas hingga ke petang,
Rupa-rupanya hujan di tengah hari...

Haisshh...xtau la nk tulis ape ni.

30 April 2009

Mari Kenali Tumbuhan Hiasan : Pokok Renek - bhg. 2

Assalamualaikum dan selamat petang.

Oleh kerana sambutan yang menggalakkan daripada kawan-kawan mengenai bahagian yang lepas, saya kini merasa sangat teruja untuk meneruskan projek bergambar saya iaitu Pokok Renek bahagian ke 2.


Sumber-sumber bagi gambar dan informasi di sini adalah sebenarnya daripada kertas kerja saya bagi semester yang lepas. Orang kata dah ada, kongsi-kongsikan.
Gambar-gambar pokok adalah diambil menggunakan kamera persendirian di sekitar kawasan Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Selamat membaca.

....buat Ami dan Zaki.




Pokok Puding, Croton










































Nama saintifik:

Codiaeum variegatum

Famili:
Euphorbiaceae

Kegunaan:
- Pokok renek berdaun pelbagai warna.
- Mencantikkan taman dan halaman rumah daripada bentuk dan warna yang pelbagai.


Firebrand Cordyline



























Nama saintifik:
Cordyline fruticosa 'Firebrand'

Famili:
Agavaceae

Kegunaan:
- Sejenis pokok seakan palma; sesuai ditanam tunggal dan dibiarkan tinggi.
- Boleh ditanam dalam rimbunan atau pagaran, mudah dicambah menggunakan keratan batang.
- Pokok yang mempunyai daun pelbagai warna dalam pelbagai varieti.


Buta-buta, Picara, Blind Eyes








































Nama saintifik:
Excoecaria cochinchinensis

Famili:
Euphorbiaceae

Kegunaan:
- Daun yang menarik dengan dua warna; merah dan hijau.
- Ditanam sebagai pagaran, sempadan di halaman.
- Boleh merawat kejang otot, sengal-sengal, parotitis.


Bunga Raya, Shoe Flower





















Nama saintifik:
Hibiscus rosa-sinensis

Famili:
Malvaceae

Kegunaan:
- Ditanam di sepanjang jalan. Mempunyai bunga yang besar dan menarik.
- Bunga, daun dan akar mempunyai pelbagai kegunaan perubatan.
- Sesuai ditanam untuk menaikkan semangat cintakan negara. Bunga raya adalah bunga kebangsaan Malaysia. Malangnya bunga ini berasal dari Negara China, bukan Malaysia.


Jarak Biola, Jatrofa Bunga Merah








































Nama saintifik:
Jatropha pandurifolia

Famili:
Euphorbiaceae

Kegunaan:
- Ditanam sebagai pagaran tidak formal, menarik minat rama-rama singgah.
- Sesuai ditanam di sepanjang jalan dan lebuh raya.
- Mempunyai bunga yang mekar hampir sepanjang tahun.