29 Disember 2008

Satu Pengakhiran Jelas Di Mata, Satu Permulaan Tak Terduga

Wajahmu muram durja,
Hati jadi sayu.

Selamat tahun baru hari ini,
Selamat tahun baru 3 hari lagi.
Tinggalkan tahun lama hari ini,
Tinggalkan tahun lama 3 hari lagi.

Selamat azam baru,
Selamat tekad baru,
Selamat rancangan baru,
Selamat impian baru.

Tinggalkan azam lama,
Tinggalkan tekad lama,
Tinggalkan rancangan lama,
Tinggallah impian lama.

Wajahmu bercahaya,
Hati jadi salju.

11 Disember 2008

Pelawaan Yang Tidak Ikhlas

Aku dijemput menyertai upacara,
Jadi orang agak penting ajaknya,
Lagak macam orang besar,
Cerita lebat sini sana.

Anehnya tapi,
Mengajak macam tak ikhlas,
Macam tak beriya,
Hangat-hangat tahi mungkin.

Ada syarat pula lagi,
Beginilah begitulah,
Hai...

Kita tengoklah esok macam mana.

01 Disember 2008

Puisi Dari Kaki

...aku,
Akhirnya merasa,
...kembali,
Susah nak dikhabarkan dari kata-kata.

Membelakangi kehijauan,
Kita resah kita gelisah,
Cuba kembali ke akar,
Tapi semuanya sia-sia.

Mendepani keputihan,
Kita bagai terus terlupa,
Cuba kononnya tidak terjebak,
Tapi semuanya sia-sia.

Apa lagi warna...
Merah?
Jingga?
Biru air laut?
Atau lutsinar...?

Insaflah,
Cukuplah jangan diulang lagi,
Engkau pun tahu akibatnya.

Seronok aku menulis,
Aku pun seperti kamu,
Kamu pun seperti aku,
Terlupa buat teringat.

Kita sama sahaja...

30 November 2008

Yayy!!

15 November 2008

Buangkan Dahan Itu

Ratah ayam itu sampai licin,
Jalan kaki sampai sana.

Makan nasi itu sampai habis,
Buat kerja sampai siap.

Cakap dengan kawan sampai sudah,
Duduk-duduk sampai malam.

Cantas pokok itu sampai cantik,
Buangkan dahan itu.

Oh...

11 November 2008

Kesima Petang

Tatkala,
Embun bertompok tipis,
Ribu-ribu kicau,
Ingatku pada sekaliannya,
Mencari rezeki,
Akan pasti bertemu jua.

Kucing itu umpama dirimu,
Alis matanya,
Saling tak tumpah,
Ibarat oga pinang,
Hanya isi dalam membeza.

Nak ku dakap tak sampai,
Aku harapkan kebahagiaan,
Tinggal akhirnya keseorangan,
Risau, takut terabai,
Aku harapkan kesejahteraan,
Hingga kau berjaya.

Jangan lupa orang..

8 November 2008.

26 Oktober 2008

Terkejut Menggigil



Aku mengharapkan yang indah-indah,
Tapi...

Adakah ini petanda?
Mungkin...

Semakin kuhanyut dalam khayalanmu,
Cukup...

Kau kesana kemari,
Aku masih disini,
Muncul pula pengganti,
Jangan...

Aku selesa begini,
Menghadap seorang diri,
Janji...

Biarlah...

Harap-harap,
Yang dikejar kan dapat,
Yang dikendong tak tercicir,
InsyaAllah...

21 Julai 2008

Sia-siapa

Kau sungguh beruntung,
Sungguh 5000 tahun juga terdaya kau harung.

Di sini ada batu-batu dahulu,
Anjing-anjing lemah mengganggu,
Ada tilam lagi,
Sungguh, indah berehat begini,
Damai.

Jangan,
Jangan kau cuba mengangkat,
Silap ini silap kita juga,
Tupai pun cari makan susah,
Nasiblah lupa sebelum waktu.

Tatkala perutku berkeroncong,
Liar mataku mengidam,
Ada yang menghidang,
Hening hingga terpejam.

Bila aku sudah tiada,
Belum pasti lagi kau tiada,
Ini untuk anak-anak kita,
Itu yang patut kau jaga,
Kerjasama.

Hidup biar berbakti,
Sayangi semua sendiri.

01 Julai 2008

Hanya Sekali

Sekali kau datang,
Lama kau menghilang.
Sekali kau di sisi,
Lama kau menyepi.

Indah ini,
Bagai cantiknya canting-canting,
Meliuk mewarna warna-warni,
Halus tak kembung-kembung,
Seri tak pudar-pudar,
Tapi,
Lembutnya yang dijaga.

Namun itulah indahnya sekali,
Kau tetap menceria,
Tak sanggup ku ketepi,
Kau tetap menjaga,
Tak sanggup ku berlari.

Walau apa pun terjadi,
Sentiasa kau juga,
Yang sesekali,
Selamanya.

09 Jun 2008

SaLAM tinggAL daRi PenGenAL

LuqMAN. SAMpAi di Sini JuMPA kitA
Sudah Waktunya Saja haRuS
JeRBang jauh MeneMBus
AWan BiRU BeRBisahkan kitA

SRi BABAT

Duniaku Kini Hilang Serinya

Terlintas petang ini, ditemani, sekeliling
kicauan burung yang kian kurang,
lain dengan deruman menghingar suasana.
Kehijauan makin tiada, terganti oleh biru
dan merah. Yang asli, yang tiada, hanya
secebis buat ilmu. Makin hari tarik dan
hembus makin perit, udara semakin kelabu.
Licin derasnya mata dan tali air kasar, terhalang
dek kekotoran.
Panas, panas dan hangat
di segenap tempat. Hujan, lebat dan kilat
di segenap tempat. Kontang, kering dan layu..
di segenap tempat. Biru, hitam
dan yang lut di segenap tempat.

Muhammad Luqman bin Zainal Abidin
2823. 1209-1220.

Menjadi

"..ku ingin kau jadi wanita mulia..
yang tahu harga budi dan hati..
seorang lelaki bernama suami.."

Disiul bait-bait begini,
Malam-malam hari,
Jadilah juga yang dikhabar lama, susah!
Banyak tanya kacau rakan yang mahu sekali lena,
Terima kasih Loba.