10 September 2009

tolong...
betul, aku CINTA padamu!
jangan siksa daku begini...

04 September 2009

Today I Feel Very Lonely

Hari ini jika dilihat kasar
Semuanya macam biasa
Aku melihat, orang menegur
Berbuka puasa menjamah seri muka.

Tapi apa jadi sebenarnya?
Mengapa hari ini rasa tidak biasa?
Kenapa pada aku selalu?
Kenapa orang lain tak nampak?

Bila memerlukan ramai yang minta tolong
Merayu-rayu, bermesra-mesra
Bila aku sunyi tiada yang mendampingi
...macam tak hingin pulak.
"Esoklah, lusa ke,
Tahun depan kan ade lagi...."
Seperti...menghindari.

Mungkin aku saja perasan.

19 Ogos 2009

SMS Peringatan

"Kalau hadapi simptom selsema, batuk, demam, sukar bernafas, pening kepala, sakit tekak, mungkin anda telah dijangkiti virus H1N1. Minum susu, buah epal dan oren. Makan makanan yang diperbuat daripada buah kerana pihak kami telah menjalankan kajian bahawa minuman jus segar mampu membersihkan atom-atom H1N1. - HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR. Bersama mendoakan kesejahteraan ummah."

Ini sms yang saya dapat daripada kakak saya petang tadi.
Tidak dapat tidak, selsema babi telah akhirnya berjaya menular ke seluruh pelusuk dunia.
Marilah kita berjaga-jaga.
Makan buah, minum buah, telan buah.

...mampu membersihkan atom-atom H1N1? Xfaham la. hehe.