Kau sungguh beruntung,
Sungguh 5000 tahun juga terdaya kau harung.
Di sini ada batu-batu dahulu,
Anjing-anjing lemah mengganggu,
Ada tilam lagi,
Sungguh, indah berehat begini,
Damai.
Jangan,
Jangan kau cuba mengangkat,
Silap ini silap kita juga,
Tupai pun cari makan susah,
Nasiblah lupa sebelum waktu.
Tatkala perutku berkeroncong,
Liar mataku mengidam,
Ada yang menghidang,
Hening hingga terpejam.
Bila aku sudah tiada,
Belum pasti lagi kau tiada,
Ini untuk anak-anak kita,
Itu yang patut kau jaga,
Kerjasama.
Hidup biar berbakti,
Sayangi semua sendiri.
21 Julai 2008
01 Julai 2008
Hanya Sekali
Sekali kau datang,
Lama kau menghilang.
Sekali kau di sisi,
Lama kau menyepi.
Indah ini,
Bagai cantiknya canting-canting,
Meliuk mewarna warna-warni,
Halus tak kembung-kembung,
Seri tak pudar-pudar,
Tapi,
Lembutnya yang dijaga.
Namun itulah indahnya sekali,
Kau tetap menceria,
Tak sanggup ku ketepi,
Kau tetap menjaga,
Tak sanggup ku berlari.
Walau apa pun terjadi,
Sentiasa kau juga,
Yang sesekali,
Selamanya.
Lama kau menghilang.
Sekali kau di sisi,
Lama kau menyepi.
Indah ini,
Bagai cantiknya canting-canting,
Meliuk mewarna warna-warni,
Halus tak kembung-kembung,
Seri tak pudar-pudar,
Tapi,
Lembutnya yang dijaga.
Namun itulah indahnya sekali,
Kau tetap menceria,
Tak sanggup ku ketepi,
Kau tetap menjaga,
Tak sanggup ku berlari.
Walau apa pun terjadi,
Sentiasa kau juga,
Yang sesekali,
Selamanya.
Langgan:
Catatan (Atom)