21 Julai 2008

Sia-siapa

Kau sungguh beruntung,
Sungguh 5000 tahun juga terdaya kau harung.

Di sini ada batu-batu dahulu,
Anjing-anjing lemah mengganggu,
Ada tilam lagi,
Sungguh, indah berehat begini,
Damai.

Jangan,
Jangan kau cuba mengangkat,
Silap ini silap kita juga,
Tupai pun cari makan susah,
Nasiblah lupa sebelum waktu.

Tatkala perutku berkeroncong,
Liar mataku mengidam,
Ada yang menghidang,
Hening hingga terpejam.

Bila aku sudah tiada,
Belum pasti lagi kau tiada,
Ini untuk anak-anak kita,
Itu yang patut kau jaga,
Kerjasama.

Hidup biar berbakti,
Sayangi semua sendiri.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

(baca)

kaisu berkata...

pesanan seorang suami kepada isteri..
hurm...