22 Disember 2010
Kisah Istana Kellie
Di awal-awal zaman pemerintahan British di Malaya...
Kellie Smith, seorang tokey ladang timah dan getah di Gopeng berhasrat hendak membikin sebuah mahligai utk menunjukkan rasa kasih dan cintanya terhadap isteri kesayangan, Agnes bukan Monica; sebagai menciplak idea pembikinan Taj Mahal. Lalu... dia menggaji 12 orang Benggali (atau mungkin Tamil) untuk membina sebuah banglo (baca: mahligai) yang didirikan berasaskan batu bata yang dibakar dan dihasilkan di belakang rumahnya (rumah Kellie yang asal berada elok di belakang Kellie's Castle) dan juga batu marmar sebagai hiasan dinding yang diimport khas dari India (tidak diketahui samada marmar tersebut dibawa oleh yang 12 tadi atau diimport menggunakan perkhidmatan ekspres). Ada juga bukti yang menunjukkan terdapatnya batu marmar dari Itali digunakan dalam pembikinan. Canggihnya impian Encik Kellie, beliau ingin memasang lif (lif kayu berpintukan pagar tolak sendiri seperti yang terdapat di bekas Hospital Cheras lama..ala yang berhantu tu..) di dalam banglonya. Oh ya, banglo ini dicadangkan untuk dibina setinggi empat tingkat. Atau mungkin lima, siapa yang tahu...
Apabila hampir 65% (taksiran penulis sahaja) mahligai tersebut siap, Encik Kellie berhasrat untuk melawat keluarganya yang ketika itu berada di kampung mereka di Scotland iaitu Puan Agnes, Anne (anak perempuan) dan ..... (anak lelaki - tidak ingat nama) untuk melihat hasil buah tangan cintanya dan ingin membawa bersama mereka semua tinggal di banglo baru tersebut; dengan harapan apabila pulang ke Malaya nanti banglo tersebut sudah siap dibina dan dicat, sekali dengan hiasan-hiasan laman. Namun, malang seribu kali malang. Encik Kellie yang sedang dalam perjalanan pulang dengan menaiki kapal telah mati akibat radang paru-paru yang disedarinya telah menyerangnya sebaik di atas kapal. Encik Kellie singgah sebentar di Lisbon, Portugal mungkin untuk merawat dirinya di hospital berdekatan pelabuhan tetapi dia mati dalam perjalanan kesana.
Setelah mendapat berita mengenai kematian Encik Kellie, Puan Agnes telah berasa kecewa kerana cinta yang diungkapkan selama ini tidak dapat dihuraikan secara konkrit dalam bentuk banglo mewah. Peristiwa ini telah membuatkan Puan Agnes, seorang yang gilakan kemewahan untuk melupuskan terus saki-baki peninggalan harta mendiang Encik Kellie sekaligus melupakan raut wajahnya sekali. Puan Agnes telah menjual tanah kediaman, ladang, banglo mereka berserta dengan pekerja-pekerja ladang dan domestik termasuk yang 12 orang Benggali (atau mungkin Tamil) tadi kepada seorang tokey ladang berdekatan. Barangkali dalam pemikiran Puan Agnes, setelah menjual kesemuanya dapatlah juga dia membawa hasil jualan tersebut balik ke Scotland untuk menambahkan lagi hartanya yang sudah sekian banyak tersebut. Puan Agnes sememangnya tidak berhasrat untuk tinggal di Malaya, kerana dia tidak tahan panas. Diberitakan banglo asal mereka juga telah pernah diubahsuai beberapa kali untuk mendatangkan rasa dingin yang paling sejuk untuk melayan kerenah Puan Agnes yang dipercayai tidak langsung mengetahui apakah bezanya dunia beriklim temperat dan dunia beriklim tropika.
Beberapa waktu berlalu, ladang tersebut ditinggalkan begitu juga dengan banglo dan mahligai yang hanya siap 65% tadi. Setelah sekian lama, kerajaan Malaysia dengan cerita-cerita orang kampung telah menemui kembali tapak tersebut; dan sepertimana kebiasaan pihak kerajaan yang tidak boleh melihat adanya bangunan-bangunan lama (terutamanya bangunan Inggeris), bangunan ini telah dikemaskan, dicantikkan lamannya dan ditapakkan semula untuk tatapan ramai dengan mengenakan bayaran masuk sebanyak RM4 (harga terkini 2010; RM3 untuk budak-budak, orang tua dan orang kurang upaya) - dan yang MIRACLE sekali, bangunan yang pada asalnya diilhamkan untuk menjadi sebuah banglo mewah telah dinaiktaraf secara mengada-ngada oleh pihak berwajib dengan meRENAMEkan banglo tersebut menjadi sebuah istana, walaupun malu sebenarnya untuk menamakan bangunan tak siap sebagai istana. Lalu, banglo terbengkalai tersebut kini telah dikenali dengan nama Istana Kellie, atau dalam Bahasa Inggerisnya yang mana orang tempatan lebih selesa menggunakannya iaitu Kellie's Castle.
Demikianlah serba sedikit kisah di sebalik bangunan Inggeris yang tersergam di Gopeng itu, seperti yang telah dilawati oleh penulis pada minggu lalu, dan diceritakan kembali di sini mengikut kisah yang tertera pada dinding bangunan - dengan idea-idea tambahan yang rasional oleh penulis sendiri. Wallahualam..khalas.
15 September 2010
Travian - Permainan Peluncur - Rom, Gaul & Teuton
26 Ogos 2010
NEGARA
Aku menginginkan negara yang bersih
di mana hati yang kotor disucikan dahulu
aku menginginkan negara yang prihatin
di mana jerih marhaen difikirkan selalu
aku menginginkan negara yang bersatu
di mana payung perkongsian tidak semata beroleh dari SATU
26 Julai 2010
08 Julai 2010
Drama - Senja di Ufuk Timur
Selesai menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2010 antara Sepanyol dan Jerman, TV1 telah menyiarkan drama malam bertajuk Senja di Ufuk Timur. Cerita ini menarik minat saya yang selalu senang tertarik dengan drama tv. Sejenak saya menonton, tidak keterlaluan jika dikatakan drama ini digarap dengan indah sekali. Ceritanya dalam, penceritaannya diolah dengan baik, dikupas satu-persatu menjadikan cerita ini sangat hidup dalam keadaan yang sangat semula jadi. Tahniah.
Diarahkan oleh Rohmani Gull Hassan, drama ini dibintangi oleh Ridzuan Hashim, Mustafa Kamal, Jehan Miskin, Dian P. Ramlee, Razak Ahmad dan ramai lagi.
Diarahkan oleh Rohmani Gull Hassan, drama ini dibintangi oleh Ridzuan Hashim, Mustafa Kamal, Jehan Miskin, Dian P. Ramlee, Razak Ahmad dan ramai lagi.
05 Jun 2010
Selamat Jalan Hasan Tiro
Sehari...
Baru sehari kau nikmati
Selesanya diiktiraf tanah sendiri
Tanah yang dulu menggulingmu
Tanah yang dulu membuangmu
Tanah yang dulu menyita dirimu.
Sehari...
Selepas sehari kau pulang
Kau kembali meninggalkan tanahmu
Kau tinggalkan segenap dunia
Setelah semua mereka mengetahui.
Aku yang mendengar
Dari sini tidak berapa jauh; tidak sejauh Stockholm
Dari sini tidak pula malap
Malap dengan perjuanganmu berkobar.
Moga-moga kau di sana nanti
Bersemadi jasadmu tenang
Bersemadi jiwamu girang
Tapi jangan disemadikan perjuanganmu
Biarkan mereka yang ada meratap
Terbakar api merdeka menyala.
Tengku Hasan Muhammad di Tiro.
25 Ogos 1925(1925-08-25) – 3 Jun 2010.
Baru sehari kau nikmati
Selesanya diiktiraf tanah sendiri
Tanah yang dulu menggulingmu
Tanah yang dulu membuangmu
Tanah yang dulu menyita dirimu.
Sehari...
Selepas sehari kau pulang
Kau kembali meninggalkan tanahmu
Kau tinggalkan segenap dunia
Setelah semua mereka mengetahui.
Aku yang mendengar
Dari sini tidak berapa jauh; tidak sejauh Stockholm
Dari sini tidak pula malap
Malap dengan perjuanganmu berkobar.
Moga-moga kau di sana nanti
Bersemadi jasadmu tenang
Bersemadi jiwamu girang
Tapi jangan disemadikan perjuanganmu
Biarkan mereka yang ada meratap
Terbakar api merdeka menyala.
Tengku Hasan Muhammad di Tiro.
25 Ogos 1925(1925-08-25) – 3 Jun 2010.
16 Mei 2010
Langgan:
Catatan (Atom)