08 Julai 2010

Drama - Senja di Ufuk Timur

Selesai menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2010 antara Sepanyol dan Jerman, TV1 telah menyiarkan drama malam bertajuk Senja di Ufuk Timur. Cerita ini menarik minat saya yang selalu senang tertarik dengan drama tv. Sejenak saya menonton, tidak keterlaluan jika dikatakan drama ini digarap dengan indah sekali. Ceritanya dalam, penceritaannya diolah dengan baik, dikupas satu-persatu menjadikan cerita ini sangat hidup dalam keadaan yang sangat semula jadi. Tahniah.

Diarahkan oleh Rohmani Gull Hassan, drama ini dibintangi oleh Ridzuan Hashim, Mustafa Kamal, Jehan Miskin, Dian P. Ramlee, Razak Ahmad dan ramai lagi.

2 ulasan:

ainfazrin berkata...

salam..

minta permission copy paste entry ni nak bagi dekat kawan, boleh?

sebab dia ada terlibat dgn drama senja di ufuk timur ni.

akan link/kredit ke blog ni nanti. ya?

btw, ni ain. kawan tuty. :)

Luqman Zainal berkata...

salam.
hi ain. lame xdgr cite.:)
boleh aje.
mmg best cite ni.
cakap tahniah n terima kasih kt kawan eh.
bertuah dpt tgk cite ni subuh2.:D