11 Disember 2008

Pelawaan Yang Tidak Ikhlas

Aku dijemput menyertai upacara,
Jadi orang agak penting ajaknya,
Lagak macam orang besar,
Cerita lebat sini sana.

Anehnya tapi,
Mengajak macam tak ikhlas,
Macam tak beriya,
Hangat-hangat tahi mungkin.

Ada syarat pula lagi,
Beginilah begitulah,
Hai...

Kita tengoklah esok macam mana.

01 Disember 2008

Puisi Dari Kaki

...aku,
Akhirnya merasa,
...kembali,
Susah nak dikhabarkan dari kata-kata.

Membelakangi kehijauan,
Kita resah kita gelisah,
Cuba kembali ke akar,
Tapi semuanya sia-sia.

Mendepani keputihan,
Kita bagai terus terlupa,
Cuba kononnya tidak terjebak,
Tapi semuanya sia-sia.

Apa lagi warna...
Merah?
Jingga?
Biru air laut?
Atau lutsinar...?

Insaflah,
Cukuplah jangan diulang lagi,
Engkau pun tahu akibatnya.

Seronok aku menulis,
Aku pun seperti kamu,
Kamu pun seperti aku,
Terlupa buat teringat.

Kita sama sahaja...

30 November 2008

Yayy!!