05 April 2009

Hilang rasa /......// dari hati

Bila kita rasa,
Bila kita tahu,
Bila rasa cara pembawakanmu,
Sekarang lain menyimpang,
Kita hilang rasa,
Rasa dari hati.

Ini cerita betul,
Terbit dari hati bukan dipaksa,
Akal kini bukan macam dulu,
Fitrah kini bukan langsung macam dulu,
Sekarang lain menyimpang,
Kita hilang rasa,
Rasa dari hati.

Sekarang kita nak tanya,
Kalau dah hilang rasa,
Patut lagi menyembah?
Patut lagi meneleng?
Patut lagi bertanya khabar?

Eh,
Kejap...tapi bila datangnya 'lagi'?

Kamu...kamu tak patut dapat ini,
Sebenarnya dari awal lagi,
Caranya lain sangat dari biasa,
Bolehkah diminta-minta?
Merayu-rayu lagi,
Tak patut...

Sepatutnya ia datang sendiri,
Yang makmum, yang majmuk, yang menilai.
Kerana apa?
Kerana kasih,
Kerana sayang,
Ada jalan yang ditunjuknya,
Ada benda yang dibetulkannya.
Tapi, semuanya datang sendiri.
Datang dengan hati terbuka.

Tapi kamu?
Sekarang lain menyimpang,
Kita hilang rasa,
Rasa dari hati.

Lagi satu,
Kamu tak tengok dunia luar,
Kamu duduk dalam kepompong sendiri,
Kamu ingat kamu dah hebat.

Tiada ulasan: