29 April 2009

Mari Kenali Tumbuhan Hiasan : Pokok Renek

Tumbuh-tumbuhan yang dikurniakan Ilahi sememangnya amat rapat dengan kehidupan kita. Tanpa sedar atau tidak, pelbagai jenis pokok menghiasi kehidupan kita sehari-hari. Dengan pelbagai fungsi semulajadi atau eksploitasi,adalah sememangnya datang dari Yang Maha Esa. Mereka menyegarkan mata, menguasai perasaan, dan dijadikan untuk kita lebih mengenali dan menghargai.

Manusia menghiasi laman dan persekitaran mereka dengan pelbagai pokok-pokok hiasan. Adakalanya ditanam di dalam pasu atau senang dibiarkan tumbuh di atas tanah. Kali ini saya menyenaraikan sedikit sebanyak nama-nama pokok untuk dikenang dan dihayati. Pokok yang diperlihatkan adalah daripada jenis pokok renek yang senang didapati dan ditanam di kebanyakan kawasan rekreasi dan taman-taman, malahan di halaman rumah.

Pokok renek adalah tumbuhan berkayu yang tidak mempunyai batang utama, tetapi tertumbuh rimbunan dahan dari pangkal. Terdapat pelbagai jenis pokok renek yang tumbuh dari sekecil
30 cm atau mampu mencapai sehingga 5 m. Pokok renek hiasan selalunya ditanam dalam barisan atau dibiarkan tumbuh sebagai tumbuhan pagaran. Dan selalunya, dengan kehadiran bunga-bunga yang cantik membuatkan orang ramai menanamnya untuk menghias laman.

Selamat membaca.



Acalypha, Pokok Ekor Kucing





















Nama saintifik:
Acalypha wilkesenia var. macrophylla

Famili:
Euphorbiaceae

Kegunaan:
- Pokok berdaun pelbagai warna, pem'bekal' warna pada halaman sepanjang tahun.
- Tanaman sempadan.


Barwood, Camwood, Bafia




































Nama saintifik:
Baphia nitida

Famili:
Leguminosae

Kegunaan:
- Pokok landskap untuk tanaman pagaran.
- Tumbuh rimbun sebagai teduhan.


Bunga Kertas, Bunga Belulang









































Nama saintifik:
Bougainvillea glabra 'Magnifica'

Famili:
Nyctaginaceae

Kegunaan:
- Tumbuhan dalam pasu.
- Mampu menjalar tinggi; sebagai gerbang laman.


Kenanga, Ylang-ylang, Perfume Tree, Semenderasa


































Nama saintifik:
Cananga odorata var. fruticosa

Famili:
Annonaceae

Kegunaan:
- Pokok berbunga, tumbuhan yang wangi.
- Sesuai ditanam di taman-taman atau di sepanjang jalanan.
- Boleh diekstrak untuk digunakan dalam industri minyak wangi.
























........penatnya. Nanti sambung lagi.

4 ulasan:

Ami berkata...

Lohh...loq, aku taknak tau pasal pokok renek ni. Aku nak tau pasal pokok renek lain..ala..yg tu lah..yg sedap² tu.

Luqman Zainal berkata...

yang tu susah nak dapat gambar.
aku nak tangkap gambar sendiri, baru cool.
hehe.
dapat yang produk pon jadi la...

Tanpa Nama berkata...

Youre a landscape architect?

Unknown berkata...

nak mintak tolong..tau tak ni pokok apa?
http://freestylergrafitti.blogspot.com/2013/09/alahai-pokok.html