29 Disember 2008

Satu Pengakhiran Jelas Di Mata, Satu Permulaan Tak Terduga

Wajahmu muram durja,
Hati jadi sayu.

Selamat tahun baru hari ini,
Selamat tahun baru 3 hari lagi.
Tinggalkan tahun lama hari ini,
Tinggalkan tahun lama 3 hari lagi.

Selamat azam baru,
Selamat tekad baru,
Selamat rancangan baru,
Selamat impian baru.

Tinggalkan azam lama,
Tinggalkan tekad lama,
Tinggalkan rancangan lama,
Tinggallah impian lama.

Wajahmu bercahaya,
Hati jadi salju.

Tiada ulasan: