Assalamualaikum dan selamat petang.
Oleh kerana sambutan yang menggalakkan daripada kawan-kawan mengenai bahagian yang lepas, saya kini merasa sangat teruja untuk meneruskan projek bergambar saya iaitu Pokok Renek bahagian ke 2.
Sumber-sumber bagi gambar dan informasi di sini adalah sebenarnya daripada kertas kerja saya bagi semester yang lepas. Orang kata dah ada, kongsi-kongsikan. Gambar-gambar pokok adalah diambil menggunakan kamera persendirian di sekitar kawasan Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Selamat membaca.
....buat Ami dan Zaki.
Pokok Puding, Croton
Nama saintifik:
Codiaeum variegatum
Famili:
Euphorbiaceae
Kegunaan:
- Pokok renek berdaun pelbagai warna.
- Mencantikkan taman dan halaman rumah daripada bentuk dan warna yang pelbagai.
Firebrand Cordyline
Nama saintifik:
Cordyline fruticosa 'Firebrand'
Famili:
Agavaceae
Kegunaan:
- Sejenis pokok seakan palma; sesuai ditanam tunggal dan dibiarkan tinggi.
- Boleh ditanam dalam rimbunan atau pagaran, mudah dicambah menggunakan keratan batang.
- Pokok yang mempunyai daun pelbagai warna dalam pelbagai varieti.
Buta-buta, Picara, Blind Eyes
Nama saintifik:
Excoecaria cochinchinensis
Famili:
Euphorbiaceae
Kegunaan:
- Daun yang menarik dengan dua warna; merah dan hijau.
- Ditanam sebagai pagaran, sempadan di halaman.
- Boleh merawat kejang otot, sengal-sengal, parotitis.
Bunga Raya, Shoe Flower
Nama saintifik:
Hibiscus rosa-sinensis
Famili:
Malvaceae
Kegunaan:
- Ditanam di sepanjang jalan. Mempunyai bunga yang besar dan menarik.
- Bunga, daun dan akar mempunyai pelbagai kegunaan perubatan.
- Sesuai ditanam untuk menaikkan semangat cintakan negara. Bunga raya adalah bunga kebangsaan Malaysia. Malangnya bunga ini berasal dari Negara China, bukan Malaysia.
Jarak Biola, Jatrofa Bunga Merah
Nama saintifik:
Jatropha pandurifolia
Famili:
Euphorbiaceae
Kegunaan:
- Ditanam sebagai pagaran tidak formal, menarik minat rama-rama singgah.
- Sesuai ditanam di sepanjang jalan dan lebuh raya.
- Mempunyai bunga yang mekar hampir sepanjang tahun.
30 April 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
9 ulasan:
jangan la nak merepek pasal pokok2~ pening~
lain la ko cite pasal kayu ape buat drum best..bla bla bla
haha.
bace la kegunaan die 2.
saba, tu jenis-jenis kayu hutan plak.
akan menyusul nanti....hahahahaha.
tongkat ali tak boleh jadi hiasan ke
trimas. org malaysia butuh info mcm ni. kl x nnt pokok2 kt kn kbas org luar. nk wat projek pn snang
ye tepat sekali.
sayangi pokok anda.
sayangi sekitaran anda.
dan sekitar anda akan menyayangimu.:)
tongkat ali boleh buat hiasan kalau ada laman besar.
hehe.
pinjam gambarnya ekk..mari singgah di blog saya....
kt rumah saya ada pokok macam Firebrand Cordyline tapi daun dia lagi halus2..apa ek nama dia.saya nak pecah kepada pasu lain tp x reti n tak tahu..harap boleh bantu
hai myza.
oh, daun dia lagi halus2 ke? sama je tu. masih cordyline. firebrand cuma variety ni utk yang warna merah2. yang lain asalkan berbatang lembut masih geng cordyline. kalau batang keras beruas-ruas, daun berpilin-pilin mungkin dracaena. juga warna-warni daunnya.
tapi, kalau nak pindah pada pasu lain tak ada masalah. cuma korekkan bersama pangkal batang yang hendak dipindah (seeloknya yang sudah matang, jangan terlalu tua dan terlalu tinggi), korek dalam 3 batang sekali dgn akarnya. pindah, tanam dan siram. kemudian senyum dan belek-belekkan bunga tersebut. berdoa dan tawakkal, insyaAllah pohon tersebut boleh tumbuh segar.
jangan lupa siram setiap hari, pagi dan petang. kalau dah matang sekali petang pun cukup. cordyline ini bagus diletakkan di tengah panas untuk menambah sinar warna daunnya.
selamat mencuba!:)
Catat Ulasan